Blogger Backgrounds

Sunday, April 3, 2011

sakit itu penghapus dosa. pendekat jiwa dgn yg ESA.



salam..
Tabah lah wahai sahabat..
semua ini dugaan..
semoga ALLAH sentiasa bersamaMU..
inilah dugaan buatmu,,
kami akan bersamamu..cuma janji, kuatkan semangat kamu!
"susah senang sama-sama"


make-up lagi.

my lil diary make-up lagi.
cantik x kwn2? ha? xcantik?
tapi aku rasa mcm cantik je. hehehehe.
tengok smpai bila aku bertahan dgn make-up ni..
ngee..
aku ada banyak lagi nak make-up kan diary ni.
tapi xsempat la. nantilah syg ye. hehe.

Saturday, April 2, 2011

hatinya milik orang lain..

cepat2 khabarkan berita gembira tentang kamu dan si dia..
saya menanti khabar ituu.. kerana sy tahu itu yg kamu mahu..
saya gembiraaa kamu bersama dgn nya..semoga bahagia selaluuu..

9
8
7
6
5
4
3
2
1
......................................................................................................

ok aku tipu..hurt..hurt..hurt..loser..loser..loser..
sedih sbb bukan aku pilihan kau.
tapi ada sedikit rasa gembira..sbb kau akan happy dan teros happy.
kau happy aku pon happy jugakkk!! promise!!
skrg aku tgh dgr lagu 'dan sebenarnya' by yuna..
mmg tepat betol dgn jiwa aku skrg..
xpe..sedih sikit normal..sedih berlarutan yg x normall..
so i will be okay in other minutes!
xoxo

Friday, April 1, 2011

kisah April fool~

ahmad berumur 16tahun. Dia ada seorang adik lelaki yang chubby berumur 12tahun. Comell sgtt adik Ahmad.. Abu namenye. Oleh kerana mereka cume due beradik, itulah racun, itu lah penawar. Itu lah teman,itu lah lawan.

Pada suatu hari, mama diorang suruh Ahmad si abang ni pegi ke kedai..suruh beli belacan kot.. dah lupe lak.. tapi yg pastinya time tu tengahari. panas gila. Ahmad mstila malasss. Panas+malas=palas. huhu. die pon pas la 'baton' arahan ke kedai tu ke adik die si Abu. Tapi Abu tgh sedap tdo dlm bilik. die kejut2 si Abu. Abu pon menggeliat2 la. gosok2 mata, then tdo balik. hampehhh je...kate Ahmad dlm hati. Dah la gemok. malas lak tu. Abu wat xdengar dan wat2 tdo kembali dgn selesa nya. time tu jugak la kedengaran suara mama merekaaa..' AHMADDDDDDDDDDDDDD!!! cepat la pegi kedaiiiiiiiii!!!!!!" hah gituuu.. Ahmad pon cpt2 bergerak ke kedai dgn perasaan bengang nye sbb selalunye kalo die suruh2 adik die, adik die mst ikot. Cis. kali ni boleh pulak si Abu ni tdo. ee geramnyee!! ahmd membebel2. xpe2.. siap kau nnt gemok!..kata AHmad. ahmad pon g kedai. dah beli barang yg mama suruh. tp rasa geram masih menguasai diri.

tetiba die teringat! hari ni 1APRIL!! ape kate aku kenekan si Abu tu.. alang2 aku dah geram dgn die. bek aku kene kan diee!! HAHHAA..gelak jahat dah si Ahmad ni. die kol handphone si ABU (maklom la..zmn skrg..dak 8tahun pun dah pakai fon)..

Ahmad : ello mokkk.. tlg mokk.. moto rosak kat jalan niiii!! amek aku pakai beskal ko cepatt..
Abu : hah yeke bang? betol ke? yela2 aku dtg skrg nek beskal aku.
Ahmad : yela. ha cepat aku tggu kat tepi jalan ni.
**********************gagang diletakkan**************************
Ahmad tersenyum riangg..die pon start moto, bwk laju2 dan lalu jalan lg satu supaya die xjumpe Abu kat tgh jalan..

Now Ahmad dah smpai kat umah dan sedang berehat2. ahhahah pdn muke dak gemok. berpanas la kau. suke betol si ahmad ni dpt kene kan adik die di hari april fool yg bodoh ni.

tik tok tik tok..setengah jam..

tuut tuut..i mesej masuk kat fon AHMAd..

" bang mane kau? tlg bang, basikal aku rosak ni. aku tgh tolak. tapi penat betol. mane kau nye?"

ahahaha ahmad ketawa baca mesej si Abu..ko nak kene kan aku balik ye mok? hahaha xkan nye aku terpedaya dgn ko. hahhaa

tik tok tik tok..satu jam..
tik tok tik tok..satu jam setengah...

Ahmad dah mcm pelik. mane lak si gemok ni? lame nye die. patot kalo dah xjmpa aku kat jalan td, dah balik dah la skrg ni. mane lak die g ni? haishhhh..

tiba2.. assalamualaikum..ada org bagi salam kat luar pagar umah..

terduduk Ahmad dgr berita yg dismpai kan Tok imam tu.. adiknya abu dijumpai meninggal dunia di tepi jalan. skrg jenazah ada di hospital. Abu disyaki terlalu penat menolak basikal nya yg putus rantai.. abu sukar bernafas.. dan jatuh pengsan..lalu meninggal setelah dibawa ke klinik berdekatan oleh org yg lalu lalang. ya ALLAH!!!!!!..

menyesal nya AHMAD tidak terkira.. April FOOL nya telah meragut nyawa adik kesayangannya..adik tunggalnya.. kini die hidup terus dibelenggu rasa bersalah.. dan xmungkin dia akan menerima perkataan 'april fool' lagi...

al-fatihah untuk arwah ABU...

sincerely,
-mardiana-

Thursday, March 24, 2011

TUJUH

7saat senyum 7saat masam muka.

7minit gembira 7minit berduka.

7jam senang 7jam susah.

7hari tenang 7hari gelisah.

7minggu lancar 7minggu tak lancar.

7bulan bersusah payah dan berkorban 7minggu bersenang di ats hasil usaha.

7tahun menunggu dan 7tahun ditunggu (meninggalkan).

…………………………………………………………..

…………………………………………………………………….

Hidup akan terus begini. Sesekali diatas, sesekali di bawah. dengan kitaran TUJUH. mengapa TUJUH? tujuh adlh nombor ganjil. ALLAH banyak meletakkan ganjil. cth : 99 nama ALLAH adlh nombor ganjil.

dan..korang ingat lagi kisah nabi YUSUFF yg bijak mentafsir mimpi?

“ Ceritanya diterangkan di dalam al-Quran: “Raja berkata kepada orang-orang terkemuka daripada kaumnya; sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina gemuk, tujuh ekor sapi betina kurus dan tujuh tangkai gandum hijau serta tujuh tangkai lain yang kering. Wahai orang-orang terkemuka terangkanlah kepadaku mengenai erti mimpiku itu jika kamu dapat mentafsirkan mimpi. Mereka berkata; itu adalah mimpi yang kacau dan kami sekali-kali tidak mahu mentadbirkan mimpi seperti itu.

“Manakala Yusuf berkata: Mimpi itu supaya kamu bercucuk tanam selama tujuh tahun seperti biasa, apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya, melainkan sedikit untuk kamu makan.”Kemudian, datang tujuh tahun yang amat sukar, musim kemarau menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapi tahun sukar, melainkan sedikit daripada gandum yang kamu simpan. Kemudian akan datang tahun yang manusia diberi hujan dengan cukup dan pada masa itu mereka memerah anggur.”Berkata Yusuf: “Jadikanlah aku bendahara Mesir, kerana aku orang yang pandai menjaga lagi berpengetahuan.” Demikianlah kami memberikan kedudukan kepada Yusuf di Mesir, dia berkuasa penuh di mana saja dia kehendaki di bumi itu. Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang kami kehendaki dan Kami tidak mensia-siakan pahala orang berbuat baik.”Selepas tujuh tahun Nabi Yusuf memegang tugas kerajaan itu, musim kemarau, kering dan kelaparan berlaku seperti yang ditafsirkannya. Bagaimanapun, kerajaan Mesir mempunyai bekalan makanan untuk menghadapi musim kebuluran itu, sehingga penduduk di negeri jiran mengunjungi Mesir untuk mendapatkan bantuan. ”

Jadi, sebenanrnya kalau kite perhati graf kehidupan kite selama seharian ataupun bertahun2, kita akan nampak kesan 7selepas7 ini.. jadi kita harus sentiasa bersedia menghadapi masa 7 yg sukar dan tidak lupa diri disaat masa 7 yg senang.tapi satu benda kita kene ingat, mengabdikan diri kpd ALLAH adalah setiap waktu dan setiap masa..^_^

Monday, March 21, 2011

sudah ketemu penawar hati saya..

Love you mama.. Love you papa..
Lega dapat balik rumah minggu lepas.
Hilang segala tension.
Jadi, minggu ni kena bekerja keras untuk buktikan sayang saya pada mama+papa..
Much love..

Sunday, March 13, 2011

apabila semua gerak geri kita diadili

salam..
pernah dikritik? apa perasaan di kritik? malu? marah? tak boleh terima?
apabila di kritik? apa yg kita lakukan? melawan? menegakkan keadilan atau membetulkan diri?
pernah tak merasa apabila diri mempertahankan jiwa sendiri, tapi tetap berkahir dengan kritikan yang berterusan? tak ada tempat bergantung. tak ada tempat mengadu.
pernah tak merasa segala gerak dan tingkah laku kita di adili oleh mata-mata yang memandang?
pernah diberi peluang untuk memperbetulkan nilaian org lain itu?
adakah kita mengerti atau dapat rasa jika nilaian itu dilakukan BUKAN dihadapan, tetapi di BELAKANG kita? Mampukah kite menghadap pengadilan itu yg muncul secara tiba-tiba?

Tetapi itu lah lumrah kehidupan. Kita di kelilingi insan-insan yang bertugas sebagai pengadil sikap kita. Mereka tidak mampu mengadili diri sendiri. dan sebenarnya melalui pengadilan mereka terhadap diri kita, akan menjadi cerminan yang membolehkan kita menjadi pengadil diri mereka pula.
*gambar hiasan. :P


'Hidup ini adil. ALLAH MAHA ADIL. cuma manusia yang memberat sebelah kan keadilan itu'

Wednesday, March 9, 2011

its him..(jatuh cinta)

hye. sehat korang? aku xsehat la. Tekak aku sakit. Sakit sgt2. Hmm. aku ni kan.. kalau sakit tu xtahap sakit sgt, aku akan mengada2 tau. tapi kalau dah betol2 sakit, aku diam je. xbrni nak gtau org. Hmm. ni sakit. eh aku gtau korang. mksudnye xde la sakit sgt ye? hoho entah la. nak minom pon sakit wei. cmno ni? g kinik? hmm aku tggu lagi seminggu keyh? kalau sakit lg aku g ar kinik.

erm aku rase aku dah jatuh cinta la.. hahhaha. xde la cinta sgt wei. jatuh suke je kot. agaknye sbb die ni mengingatkan aku kpd seseorg yg pernah aku syg. cewah. ee. ermm. aku suke diee. ari2 kene tgk die.. huwaa.. ni ha die.. biase je.. tpa ku suke style die.. muke die.. hmm.. sukee.. eh jgn la nak down kan aku. xkesah la kan kalo aku suke die? bukan ape pon. juz suke je. bkn nk jadikan idola pon.. hmm. suke.. nak tgk video2 die lagi.. p/s : kalo xde tatoo konfem aku makin suke die niii...

ni la beliau..peaceee~
love you travie~

Thursday, March 3, 2011

Semakin Jauh dan Terus Jauh

Persahabatan yg dibina xselalunye indah dan happy.
Percaya la..
Kdg2 kita rasa disisihkan..mula la menjauh hati..
Mcm mane ye kalau cume sebelah pihak yg rasa kecil hati bila dah lama xberhubung?
atau perhubungan persahabatan tu makin renggang? sebelah pihak lagi tu xsayang kawan die ke?
xkesah ke persahabatan dah xmcm dulu?

Tapi itu lah hakikat yg harus diterima oleh kita semua.
Semua orang akan berubah.
Aku juga.
Dan aku harus mempersiapkan diri untuk terima segala perubahan itu.
Nampaknya perubahan aku adlh disebabkan pengaruh org sekeliling, bukan hundred percent dari diri aku.
Semoga aku terus tabah la menghadapi hidup yg semakin matang, semakin menampakkan ciri2 mementingkan diri sendiri..hai dunia..
keje aku ni asek membebel aje!

p/s : aku xsehat arini..izinkan aku membebel ye..peace..

Wednesday, March 2, 2011

Appreciate

Kenape terdapatnye manusia2 yg tak menghargai ape yg org lain wat utk die ye?
Walaupun ape yg org lain wat tu adlh utk kegembiraan die.
Xpaham aku.
Betul2 xpaham.

Hey kamu2 yg sdg membaca..
Belajarlah utk menghargai ape yang org lain usaha kan utk korang.
Kecik ati org yg dah susah payah tu tau.
Bukan ungkitan. Ni common sense la.