Blogger Backgrounds

Friday, May 6, 2011

Balasan si Pemalas

Ha.. nampaknya ALLAH masih sayang kita. Masih bernyawa smpai saat anda membaca entry ini. Topik aku hari ni adlh balasan si PEMALAS! haa. sape pemalas? aku laa. korang pon malas ke? hahahhaa. bagus2. aku ade geng. hehe. *nampak tak kepala aku dah de tanduk ni? warghhh. keh3.* ceritanya mcm ni, sem ni aku ada ambil subjek GLOBAL ISSUES. satu kelas je pon seminggu. ada dua assiganment. satu grouping, satu individual assignment. nak dipendekkan cerita, aku tak hantar assignment individu, sbb xbuat. yang group aku dah anta, yela, aku xnak la sbb aku, group aku yg lain dpt markah rendah. kiranya aku ada sifat kerja berkumpulan la. tapi yang individu ni,..zzzzz..pemalas nak mampuih aku ni. ok fine, actually aku buat, tapi xsiap,. sikit je lagi xsiap nye. tapi, bila fikir tarikh hantar dah lepas lama, dah 2bulan beb. aku pon buat bodo la. berserah la kunun. aku ni xpernah belajar ke? berserah dan tawakkal tu kan after berusaha? masalahnye ape yg aku usaha?

Nak dipendekkan cerita lagi, malam tadi lecturer tu tepon aku. bayangkanla wei., lec tu kol aku sbb aku x anta kerja. baik gila kan? aku je yg xpandai menghargai kebaikan lecturer tu. aku rasa sangat jahat sbb x anta kerja tu. huuuuu~ erm dia bg aku masa 3hari utk antar assignment tu. baik kan???? aku kena ambil peluang ni sebaik mungkin. errr tapiii......... die suh aku tukar tajuk. maksudnye yg aku buat dulu tu aku leh campak laut. dulu tajuk aku pasal bencana alam. tapi dia suh aku buat tajuk 'perdamaian antara puak hamas dan fatah'.. hah?????? aku xpernah ambil tau pon pasal masalah diorg tu wei. warghhhhh. tp xpe, ada hikmah di sebalim semua ni. at least aku jd tau pasal perkembangan ape tu, fatah dan hamas ea. ha.. btol la tu. haipp! saya terima ini semua, sbb ini blasan perangai buruk saya! hee. lepas ni konfirm aku akan hantar segala mcm assignment. xnak jd mcm ni lagi...

Wednesday, May 4, 2011

Tak Faham.

honestly, ini la kali pertama aku rasa dibenci dan disisihkan.
tiada ucapan ajakan, tiada ucapan terima kasih.
memang itu sepatutnya tidak aku harapkan.
tapi aku cuma manusia biasa, dan kawan biasa.
aku cuma tak faham, kenapa mcm ni?
mungkin aku yang terlalu sensitif.
agaknye la.
entah, tak faham.

Friday, April 29, 2011

Day 1 at Terengganu. Ganung Kiterrr~

27April 2011
9.35 malam : bertolak dari Sri Putri.
1.00 pagi : Berhenti rehat kat Cherating.
5.00 pagi : Tiba di Terminal Bas KUALA TERENGGANU. Welcome MAR!
6.20 pagi : Smpai di rumah nenek SOT, di Chabang Tiga. Solat dan tidur kembali. Penat kot.
9.00 pagi : Sarapan pagi. Nasi goreng hasil air tangan SOT. err. SOT masak?? hahahhaa. sedapp..(ni SOT pakse tulis sedap). hahaha.
11.00 pagi : start masak2. hee. aku tolong la gak kupas2 bawang sume. keh3. Lauk yang terhasil adlh ikan-ikan goreng, sayur taugeh tumis, gulai daging. ok noted that kat sini gulai nye ade masukkan kerisik. wangi gitu~
2.00 : siap2 nak g UniSZA. dan makan.
2.45 : gerak ke UniSZA dengan uncle SOT. ok kalau nak tau UniSZA ni gabungan UDM dgn KUSZA.
3.15 : smpai kat UniSZA kampus KOTA. depan je dengan hospital KT.
4.30 : Wawiy masuk bilik interview.
5.20 : Balikkk Chabang Tiga.
6.00 ptg : makan rojak mee yg uncle SOT beli. rojak yg diletak mee kuning dan ayam.
9.00 malam : makan malam dan menu istimewa mlm ini adlh smbal sotong. Memanggg terbaekkkk.
10.30 : Sleepimg Beautyyyyyy.. Jumpa esokk. hehe.

Thursday, April 21, 2011

duit mengalir macam peluh.

Dah xde duit..
kais pagi makan pagi..
kais petang untuk makan malam..
ya ALLAH..
ape lah agaknye hikmah disebalik semua kekurangan duit ni ye..
kuatkan aku ya ALLAH..
T___T

Monday, April 18, 2011

VIVA MASTER YEAR ONE-DONE

Salam semua ..*smile*

Tadi, 18April 2011 , saya iaitu PROF DR MARDIANA, telah membentangkan projek master saya untuk dinilai. Panel saya td adlh Dr AMiruddin Shaari, dan PM Dr Radzi Md Isa. Ya ALLAH, debar nye xterkata. Mula2 aku konfiden sbb sblm present, aku tepon mama dulu. Tapi bile start present je, ilang semua semangat aku. aku cakap dengan xsemangat. huhu. geram tol. tp bila dah mula selesa, semangat aku muncul kembali. and talk at ease. setengah jam wei. ape la aku nak bebel kat depan ni lahai. aku rasa aku present dlm 10-15minit je. pastu sesi Q&A. aduhh. nsb baik gak panel2 aku ni bukan orang optik. so diorang tanya mmg basic gila2. setakat basic boleh la aku hentam. mmg hentam pon. tp overall aku xpuas hati sgt. sbb aku mengaku xusaha betol2. selalu ponteng lab. hehe. nakal i ni. wakakka. tp xpe. lepas ni i wat sungguh2 k. cadang nak siapkan master paling lambat bulan 6 ni. ya ALLAH bantu aku. semoga demi masa yang telah aku sia2kan, aku akan berusaha dengan lebih gigih. caiyokkkk mar! eh PROF DR MAR!. hee~

Wednesday, April 13, 2011

Aku Dan Kelamahanku..

1. kurang konfiden..(dari segi nak berkomunikasi dgn org, terutama org yg baru kenal)

2. terlalu manja or xmatured. (jika nak dibandingkan dgn rakan2 yg sebaya)

3. cepat merajuk. (kalo dlm soal perasaan la..so sape2 nak kat aku kene la terima ye sifat aku ni)..aku cuba sedaya upaya mengurangkan sikap ni, mungkin ade la sedikit pengurangan daripada sebelum2 ni.

4. ada sedikit sifat dendam. Tapi jgn risau. Sikit je. Hehe. Aku tau tahap aku.

5. xpandai marah. Aku tau kdg2 kita kena berterus terang kalau ada sikap2 org sekeliling kita yg kita xsuka. Tp aku mmg xpandai nak buat mcm tu. apatah lagi nak marah. Betol2 xpandai.

6. cerewet bab kebersihan. Terutama semasa mandi dan nak tidur.

7. susah sangat makan buah2an. Aku tau bagus makan buah. Tapi mmg xsuka makan. How meyh?

8. suka bertangguh kalau buat kerja. Cth : stdy. Suka stdy last minute. Pastu kelam kabut ar nak baca. Cth lagi : lengah2kan masa utk sidai baju. Last2 kena basuh lg skali sbb baju yg dah dibasuh berbau lagi. Ape daa. Tp benda ni pernah terjadi 2kali je. Hee.

9. xbrp pandai berdikari. Aku dah terbiasa dimanja oleh mamapapa. Oleh kwn2 baik yg mcm kakak aku sndiri. So everything I do, I need them. Bila nak kena buat seorang, its hard for me.

10. pemalu arr ngn lelaki. Hahha. Kalau berhadapan dgn lelaki, aku diam je. Xpandai cari topic. Agaknye sbb tu xd pakwe. Hehe. Semua bosan dgn aku. Tp serius aku pemalu dgn org yg xbrp rapat dgn aku. Myb sounded hipokrit., tp kalau korang baru kenal aku dgn korang kenal aku 4tahun, amat berbeza. Try la kenal dulu, baru korang tau aku ni cemane. I mean after a several time baru korang find aku ni best. Haha. Aku rasa la. :P

Sebanarnya baaaaaaaanyakkk lagi kelemahan dan kekurangan aku..tp penatla nak tulis semua. Kang habis satu blog ni dgn kelemahan2 aku. Hehe. Ape pun, aku selalu usaha utk mengubah diri menjadi lebih baik. Perlukan korang sbg rakan2 utk support aku spy aku boleh menjdai insane yg lebih berguna.aminn.

Monday, April 11, 2011

Tekejut Aku!

salam. hehe. sehat mekome mekome?
aku sehat. cuma xtau nape badan aku lemah sgt. asyik rasa nak tidurrr je.
aku terlebih tidur dah ni. aptb la haiii...
aritu dua malam aku tidur kat wad PPI, Hospital Sultanah Aminah, JB.
teman si kaety. hee..teman ape je pun. wat borak2. belikan ape2 kalau die teringin.
yela. mst dia tension duk spital tu. suasana gloomy. kiri kanan dpn blkg lemahh je.
huhu. masa stay situ aku dapat rasa perasaan mengharap ada orang melawat kita.
menunggu rakan2. menanti sahabat2. sedih rasa kalau yg dinanti xdtg2.
dan..kalau bz atau xdpt dtg, at least msj or kol pun dah memadai. pendapat aku la.

hehe xpe kaety sayang, be strong keyh! byk2 berdoa pd ALLAH.jgn lupa ALLAH. ni semua dugaan buat kita. buat ko,aku,kami,parent ko, keluarga ko..semua lah. jgn pernah mengeluh tau. kalau kita rasa susah, ada orang lebih susah. kalau kita rasa sakit, ada org lebih sakit drpd kita. ingat tu!

ni yang awok bak citer yg awok tekejot nyee. oleh krn xd sape dtg nak amek awok smlm, (nak balik dari HSA ke UTM), awok try la nak naik bas sengsorangg. awok kan xpernahh.. debor la jugokk. huhu. nak dijadikan cerita., awok pon naik la jejantas seberang HSA utk tggu bas ke arah Skudai. humang haih. ponat bebonar. jauhhh. tiba2, dpt msj drpd seorang jejaka yg macho xmacho gitula. cakap suh awok turun kat lobi spital,. huarghhhhhh. budak ni td aku mesej tanye nak jumpa ke tak, die xrply. skali kunun2 suprise la ni ye? betuahhh. penat tau takk. aku kena la patah balik ke wad, sbb alang2 dia ad kat spital, melawat la kaety. haih. xsgke2 tol la mamat ni. tetiba je dtg. first time la die jmpa kaety ni. hee. budak2. dah la bwk moto sensorang, xpenah kan b4 ni? hee. terharu lak aku rasenye. hee. xpela budak. semoga nnt final exam ko berjaya dgn cemerlang, sbb ko wat aku hepy semalam. hee. *smilee budakk*

Sunday, April 10, 2011

its time for RIO!

salam. hari tu HOP. hari ni (jumaat) kita tengok RIO lak. kat jusco Tebrau.wah wah mcm kaye lak aku ek. G ngn sot, Pah SSH dan Dayah SSH. mula2 ptg jumaat tu teman Aina g beli sedikit brg utk dinner dia. Pastu Sot amek kat Giant Pulai. Aku dah siap bwk baju2 untuk stay kat HSA after balik dari JJ Tebrau nnt. Smpai kol 5. G beli tiket, tiket kol 5.45. Ok, g solat dulu. after pusing2 kedai toys, masuk ar wyg. tgk RIO. bestt wokk~
RIO ni pasal spesis burung terancam yg dah nak pupus. yg jantan name nye BLU, dijaga oelah seorang manusia bernama LINDA. BLU mst ditemkan dgn spesis betina yg cuma ada seekor dan ada di RIO de jenerio, BRAZIL. di RIO lah segala2nya bermula. hehe menarik tau. Dgn gelagat BLU yg xpandai terbang walaupun dia seekor burung. tengok la. xrugi tau. hehe.

after wyg, kami solat maghrib. pastu g makan, n hantar aku ke HSA. sbb aku temankan Kaety mlm ni.

Thursday, April 7, 2011

Bicara soal Hati. awwww.

Ada orang tanya aku, mcm mana ciri2 lelaki yg aku suka.
Ermm aku xtau la sebenarnya.
Suka banyak. hee. pecah rasie aku. aku banyak je suka org laki. yela, kdg2 aku suka si A, sbb die selalu senyum kat aku. lepas tu aku suka pulak kat B sbb dia pakai baju kotak2. esok lak aku suka kat si C sbb dia pakai topi mcm bruno mars.
*haa..mcm ni laa..yuhuu..lebiu abg brunoo*

heee..sambung balik.. esok nye pulak aku boleh suka si Z sbb dia hensem dan sweet. tp kejap je. nnt aku dah xsuka. huhu.. tapi sebanrnya mcm mana org yg aku suka? aku pon xtau. err! adakah aku teruk sbb xtau org mcm mana yg aku suka? hee. tp aku pernah je ade pakwe. maksudnya aku suka org yg mcm mane? yg mcm pakwe aku la. hee. entahla. tapi 1st thing adlh aku suka kat org yg suka kat aku. yela. teman ni idok le cantik. dah la xbrp nak putih, tinggi pon tak. apetah lagi ditambah dgn gumuk lak. hee. so, aku nak kat org yg betol2 syg aku je..yg boleh terima aku seadanya.
kalo luaran, aku suke laki yg ade janggut...hee..pastu yg jenis jaga janggut tu la..nampak ensemm je laki2 yg ade janggut ni..ngeee..:P
aku suka lelaki yg approach aku melalui kwn2 or family aku. nampak kesungguhan die. huhu. setakat kalau dgn aku je, mcm2 lelaki leyh janji, aku boleh je buta2 percaya. tp kalau dia approach aku melalui kwn2 or family, mst die betol2 syg kat aku. kan? *smilee*
pastu of koz la aku nak lelaki yg solat 5waktu..*smilee*

erm dah la..aku penat a merepek.

Wednesday, April 6, 2011

tension dan hilang tension. err?

Tension bebenor teman minggu ni.. mmg bloody week..
Macam2 nak kena siapkan..
Time cmni jugak la ade seminar la..ceramah la..lame lak tuh. huh!
Time tu jugak la ada nak tangkap gambar..
time tu la Dr nak jumpa..
Time tu jugak waktu melawat kaety dah nak abis.
warghh..
bisa gilak daku begini..
kerja xsiap, kene la stay-up.
pagi2 buta lak dah ada org nak jumpa.
mata panda pon menjelma la.
otak dah tepu, muka dah lesu.

Tapi, tiba2 dtg mereka2 yg diutus ALLAH utk membantu mengurangkan tension dan lara di hati. Thank you ALLAH..
Thank you danial and kak ita sbb blnja tgk wayang, makan dan hantar panda balik.
tadi kitorg tgk citer 'HOP'. bestttt. sbb ade anak ayam. comel99!!!!!
warghhh geram bebenor temannn