Blogger Backgrounds

Sunday, July 18, 2010

tanda-tanda sebelum ajal..

Tanda 100 hari sebelum mati
Iini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari
oleh mereka yang dikehendainya. walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat
tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung
kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka yang sedar dan berdetik bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran
ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi
mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan alaman
dan usuran yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-
denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang
letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut
dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan
wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan
merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wajahnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang
akan dicabutnya.

Tanda 7 Hari Sebelum Mati
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera
untuk makan.

Tanda 3 Hari Sebelum Mati
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita aiaitu diantara
dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas
itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita
tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan
jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya
akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 Hari Sebelum Mati
Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sbelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat
untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian
pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian
halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri
dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah
SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati adalah bijak .
Sebarkan buletin ini....May Allah Bless You.

No comments:

Post a Comment