Blogger Backgrounds

Friday, December 31, 2010

Hari Terakhir Di Tahun 2010. Sorotan..

2010.. hurmm..mcm2 berlaku..jap ek..nak ingat balik..nak ingat ni kene selak2 nalik gambar2 yang aku semat dgn rapi dlm laptop ni..ape ek yg berlaku dlm 2010 ni???

1. ha..tahun ni la aku menamatkan ijazah sarjana muda dalam bidang SAINS FIZIK. Alhamdulillah xde subjek yg kantoi, PSM pon okey, jadi dgn rasminya aku telah digraduasikan drpd Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Setelah 3tahun memerah otak stdy fizik dgn equation2 yg merapu2,setelah 3tahun memerah duit MARA, setelah 3tahun lah.. akhirnya..

*alhamdulillah..

2. Tahun 2010 adlh tahun aku ditemukan dgn "beliau"..Mr A..Kami ditakdirkan bersama hanya utk seketika..Bak kate pepatah 'dah xde jodoh..ahaks'..Apepun thnx to him sbb pernah membawakan kegembiraan kpd daku. hee. Hidup mmg mcm ni. Yg berlalu biarkan berlalu. Sy bersyukur sbb sy yakin ada hikmah yg sgt besar semua ini berlaku. Menjadikan sy lebih matang,mungkin?Sy doakan Mr A bahagia selalu. Berjaya dunia akhirat. dan bertemu jodoh yg terbaik buatnya. Aminnn...
*i WAS loving you
*terima kasih..perlis-Jb dlm satu mlm adlh amazing.

3.Ok,lupakan kisah sedih dan menyayat hati diatas. haha.Tahun 2010 juga tahun yg akan aku ingt selalu, sbb ini la tahun pertama aku bekerja. for the first time in my life..,im working! just to have my own money.aku kerja dekat bazar ramadhan,jual air. Kerja nye senang aje! masukkan air yg dah diikat dlm plastik yang warne merak kuning kelabu bla bla tu. senang kan? huu. Alhamdulillah. dpt la rm300. kerja 2mggu je dlm bulan puase tu. Yang paling bermakne nye adlah aku ditemukan dgn rakan2 baru yang baik dan seronokkk. Kak ita,danial,syafiq,burn, rased n pak ngahh..Mereka sgt baikkkkk. memperkenalkan aku sona aina n kaety dgn ALIBABA. (skrg dh jd umah kedue kami oke. haha)



*sy syg mereka ^^

4. Ade cerita sedih dlm 2010, abg boby eksiden..rahang patah..sian die.. masuk skru dan besi dlm mulut. pastu gusi atas dgn bwh dijahit,(utk elak rahang jatuh)..so die xboleh makan ape2..sian..die dahla kuat makan..hurm..kejadian ni baru je berlaku dlm 3mggu yg lalu. kwn2 doakn abg sy cepat sembuh ye? spy dia boleh makan mcm biasa..(gmbar xde pd sy. maaf)

5. Ade jugak berita gembira.. abg kedua sy dan tunangnya berjaya jd top 25 dlm pertandingan Gerbang Cinta anjuran UTUSAN MALAYSIA. dpt la diorg g kursus kahwin free tajaan JAKIM. weehuu. tAHniah! Semoga tahun 2011 abg sy ni ade jodoh utk kwin sbb dah lame die kumpul duit. ya ALLAH, permudahkan urusan yg mulia ini ya ALLAH...

*akan bersambung nnt ye..penat sebentar..hehe.

Thursday, December 30, 2010

TAHNIAH HARIMAU MALAYA. AAUUMMMM!

hehe. Salam. TAHNIAH la skuad bola sepak MALAYSIA!!hebat2..AUMMMMMMMM!!garuda dah ditelan oleh HARIMAU. hahaha. bangga aku jadi anak kelahiran Malaysia! Aku anak Malaysia tau! ade ic, haha. pasport pon ade!
walaupun hakikatnya aku ada darah Indonesia, tapi aku lahir kat Malaysia okey, cuma papa je org INDONESIA. Kirenye aku beruntung dan bertuah la sbb dua2 negara aku masuk 'final' Piala Suzuki tu. Kau org ade? hahahaa. Untunggnyee. haha. (udah2 le tu mar oit). Penangan Msia menang Piala Suzuki ni mmg besarrrr. Smpai PM bg cuti umum Jumaat(31 Disember2010). terima kasih PM! hehe. Ade beberapa perkara aku nak point out dari peristiwa kemenangan Malaysia merangkul Piala Suzuki ni..

1. Agak2 kalau Malaysia layak masuk Piala Dunia, mau dapat cuti sebulan kot! haha. baru laak masuk tu. belum jd juara lg. silap2 kalau menang Piala Dunia, darurat teros. cuti setaon. haha gile tol aku ni. (Tp xde yg mustahil dlm hidup ni kan?.. go MALAYSIA!)

2. Selama ni, berapa ramai yang kenal penjaga gol malaysia tu? siapa yang kenal nama2 pemain malaysia? bila kejayaan dirangkul, berduyun2 search nama diorg kat fb. semua cakap tahniah n superb bla bla. Semua pemain jd famous! nama yang xpernah dgr pon jd pujaan tiba2. haa. ni la penangan kejayaan. hebat kan? (agak2 kalau kalah, famous x?silap2 kene kutuk. hehe. jgn nafikan. ni la hakikat)

3. Sukan menyatukan rakyat. (terutama bolasepak). (mlm td semua org semangat patriotik. suke2)

Thursday, December 23, 2010

tiba2 semangat.

sebelum ni aku mmg xsemangat nak belajar. Sbb ape? sbb xde duit. yela. aku xde dpt ape2 biasiswa. tensen kot idop xde duit. tp kene belajar. sem ni satu sem aku survive pakai duit yg aku dapat tyme raye aritu drpd zakat selangor. rm1500. satu sem. OMG. aku xpernah sesusah ini. Hanya ALLAH tahu betapa susahnya. Tp ape2 pon, kite ni kene kembali rasional. Mungkin ini pengajran utk aku utk lebih kenal apa itu erti 'menghargai wang'. yela, sblm ni aku dpt duit MARA. tiap2 bulan masok rm600. mmg senang je hidop. lancar. duit pon lancar mengalir. sane sini aku dok perabih. Kan?ade hikmah disebalik semua ni. INSYAALLAH..

Hari tu sbb tensi sgt, aku antar resume utk cari kerja. alih2 dpt lak g interview, kat danga. kerja sbg engineer, bwh pengawasan KPT. gaji rm2500++. rambang telinge aku dgr gaji cmtu. haha. yela, dah lame xpegang duit. Tapi..aku xmau buat kptsn terburu2 utk stop stdy dan g keje tu. Aku takot aku menyesal bila tgk kwn2 lain naik pentas utk ijazah kdua msing2. Aku xmau yg dikejar xdpt, yg dikendong berciciran. cewah. berperibahasa pulak daku. Xpelah, aku tetibe dpt semangat utk teruskan stdy master aku ni. Sampai la...andai kate UTM stop kan stdy aku sbb xbyr yuran, baru aku stop. Selagi belum kene buang, aku nak stdy sungguh2. nak wat research molek2. YA ALLAH, bantu hambaMu ini mencapai kejayaan dlm apa juga yg aku lakukan. aminn.

Tuesday, December 21, 2010

Minggu Poyo POya.

Ahad
-Karok kat DOREMI.dgn aien.sbb ali baba dah penoh.=(

Rabu (dgn aien, JEL!! n nina)
-Karok-ALIBABA
-Wayang-UMALL (aku xbodoh)
-Makan-Choa Phraya.
Khamis (dgn aien n nina n kaety)
-Makan-Sri putri.
-Karok-DOREMI.(ok,dlm pjalanan nak g karok ade peristiwa pahit)


Sabtu (dgn mak angkat syabad.)
-SINGAPURA!!(1st time wooo)



Ahad (dgn Fuck u crews!)
-Karok-ALIBABA
-Makan- Pinang,.
-Snooker-Pulai.

Tuesday, December 14, 2010

Menyiapkan Kerja.

Kehadapan diriku,
Tolonglah siapkan kerja yg DR telah berikan.
sebab selagi xsiap,hati mu tidak akan bisa tenang.
Tetapi ada byk perkara yang menghalang drpd menyiapkan kerja tersebut.
Lantas diriku teringat pepatah

"Org rajin mencari jalan, org malas mencari alasan"

Jadi, tentu sahaja ku xmahu dilabel sbg PEmalas,..
Oleh itu,...
Teruskan usahamu menyiapkan KERJA ituuuuuuuuuu..
Slmt berusaha DIRIKU!

Friday, December 10, 2010

bisul?adoi!

hye semua.
Pengumuman! aku kene bisul wei. Kat bahu. Mule2 xsakit. Tp bile dah pecah sikit sakit wei!!Ade darah2 sikit,nanah sikit. (EEE..kome geli x?hehe). Aku xslalu kene.,tp bile kene sakitnye ya ampun. ceh. aku ni lebih2 lak. sebenanrnye xde la sakit mane., tp biasela.,sakit tetap sakit kan?

aku jadi takot lak bila fikir kejadahnye la bisul ni. mcm mane pulak beliau boleh muncul di bahu gua? Ade org kata darah kotor.,betol la kot? dan menurut pendapat encik wiki wiki,

"Penyakit bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain."- ni ayat skema encik wiki wiki la..

Nasib baik smlm ade dua orang nurse yg rawat aku. Hehe. terima kasih Cik Aina dan Cik Sona. Walaupun caranya agak kejam,tapi xpe, terima kasihhhh. Smlm aku letak minyak al-gamat je kat tempat yang kena bisul tu. Tapi ada jugak petua-petua tradisional yang boleh digunapakai untuk mengubati bisul ni. Antaranya :

-Tampalkan ubi keledek pd bhgian yg berbisul.
-Asahkan kulit mempelam pd pasu dan sapukan pd bhgian berbisul.
-Tampalkan bawang merah yang telah ditumbuk. ATAU
-Jika dah serius,elok ditampal bunga rumput (boleh cari dekat kedai India/india Muslim) ATAU
-G la jumpa DR, nnt die korek bisul tu dan bg ubat. Hehe.,takot x?

Thursday, December 9, 2010

hati yg xtenang.

salam.
mmg fikir pasal manusia dan hatinya amat memenatkan.
apetah lagi fikir tentang kaum adam.
(maksudnye fikir pasal cintan cintun la)

*mlm td aku betol2 xtenang. aku naik gile bayang. tp aku xleyh wat pape.
melainkan stalk page fb beliau.
penat weh. tp itula yang aku boleh buat, utk hilangkan rindu ni.

*tolong la ya ALLAH..aku perlu bantuanMU utk menghilangkan rasa cinta yg sia-sia kpd insan
yang belum pasti menjadi raja dihatiku smpai syurgaMU.

Tuesday, December 7, 2010

mandi.

salam.
aku tulis entri ni kol 10.13 pagi.
korang dah mandi ke? hahaha
jujurnye aku baru pas mandi.
td mase mandi tu aku berangan2, pastu tbe2 teringat pesan mama mase dulu2.
mase aku mule2 mandi sendiri (mksudnye mama or papa dah xmandikan aku)
mama pesan kalau pakai sabon, pastikan SEMUA bhgian badan kanan dan kiri dapat sabon tu.
kalau jari kiri bersabun,pastikan jari kanan pon bersabun.
sebab kalau x, nnt bhgian yg xkena sabun tu sedih,..hee..
sian die.. =(
aku sgt ingt pesan tu smpai skrg.
sbb tu kalo mandi sume aku gosok.
bg adil dan saksame.
hee..

Monday, November 29, 2010

Tuhan Berikan Aku Cinta-Ayushita

Walau aku senyum bukan bererti
Aku slalu bahagia dlm hari
Ada yang xda di hati ini
Di jiwa ini.. Hampa..

Ku bertemu sang Adam di simpang hidupku.
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina..

Tuhan berikanlah aku cinta.
Untuk temaniku dlm sepi.
Tangkap aku dalam terangmu.
Biarkanlah aku punya cinta.

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Sunday, November 28, 2010

aku di 'tag'. xphm sebenanye. layan je la. ^^

1.Ape benda paling penting dalam hidop korang?
bedak.

2.Benda terakhir korang beli guna duit sendiri?
topap celcom.^^

3.Di mana tempat korang nak melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?
umah aku je la. tema?entah. tp xnak sanding2.

4.Adakah korang sedang bercinta sekarang?
tidak. mahu tp xhingin.

5.Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
xpenah lupe.

6.Dimana korang selalu jumpa kekasih korang?
xpenah jmpe. eh aku xde kekasih la!kan dah tulis kat atas!

7.Novel/buku/majalah terakhir korang beli?
buku tulis garis satu.

8.Apakah nama penuh korang?
MARDIANA SHAHADATUL AINI HAJI ZAINUDIN.

9.Antara mak dan ayah korang, mane yang korang lagi mesra?
sama je. tp mama lebih sikitt. sbb aku tdo dgn mama.

10.Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup?
Nabi Muhammad SAW. dgn nabi yusof..

11.Adakah korang basuh baju sendiri?
x. mesin.

12.Di mana tempat yang korang betol2 nak pergi?
ermmm japan.

13.Pilih salah satu, peluk atau cium?
geli aih. tp aku pilih ar. pelok.

14.Beritahu 3 perkara tentang orang yg tag korang.
cumil.
young.
sweet. ok ?

15.Lima benda korang sangat syg dlm hidup korang.
Duit. Laptop. Handphone. Cincin. Baju2 aku.

16.Lima lagu korang suka dan selalu dengar.
Satu cukuplah. cry on my shoulder.

17.Bile tarikh lahir korang dan sambut birthday kat mana tahun lepas?
16ogos. kat bilik sona n nadia.

18.Tiga org blogger korang nak tag.
naza ;)

19.Cerita sikit pasal blogger2 yang ditag.
saye suke mereka. ^^

Tuesday, November 23, 2010

kerana saya bukan mereka..

mereka KAYA. saya??
mereka CANTIK. saya??
mereka KAYA. saya??
mereka CANTIK. saya??
mereka BERGAYA. saya??
mereka BERTEMAN. saya??
mereka BAHAGIA? sayaa??saya lagiii bahagia

saya bersyukur dengan segala yg ALLAH telah berikan..insyaALLAH..
bantu aku untuk bersyukur selama2nya ya ALLAH.
tanda syukur itu adlah dgn sentiasa mengingatiMU,
berusaha dan bertawakal utk menjadi yg terbaik..
saya bersyukur. kerana saya adlah saya. dan saya bukan mereka..

Monday, November 8, 2010

"BIRTHDAY" guwa aka (birthday tipu2 je wei)

HAHAHA. tu je yg mampu aku buat bile bende ni jadi. Ku xberniat pon nak tipuu semuee. Juz nak try tuka tarikh lahir aku kat fb tu ha. Hadoi. Tepat je kol 12, 3 November, wall fb aku dah start penoh dgn "birthday" wishes. Hahahaa!! mule2 aku gelak. Tapi rase bersalah tau x..nampaknye rakan2 sgt bergantung kpd fb utk mengingti hari jadi kite. Sebenarnye bile jd mcm ni, baru la tau sape sebenarnya yg ingt birthday kite kan? yela..kalau org tu ingt birthday kite, mst die xwish lagi. or at least muncul tande tanye dlm otak die. hehe.=) tp xpe. pd aku, birthday is not a big deal. kenalan xingt xpe. kawan xingt aku leyh terima. rakan xingt nak kene pelangkung. sahabat xingt aku nangis. huhuhuuuu..ape pon , maafla kpd yg beria2 wish kat aku. niat aku bukan nak mempermainkan sesiapa. huhu. ahha..alkisahnye...si geng2 WONDERPETS CREW ni dtg UTM mlm tu sbb nak smbut birthday kami. Kami? yela. aku buat keje ni bkn sowang2. aku dgn sona. hahhaa. tp kami dah terangkan kat chip wonderpet crew yg kami tipu ajeeee. diowg xdulik n...hambik kau!!mmg kejutan betol!!watcha!!

*help me mamaaa*
*peace. aku baru lepas lari*
*minah2 senget*(kecuali baju merah)

Friday, October 29, 2010

HARI ANTI RASUAH SPRUTM.

Tarikh : 23 Oktober 2010
Tempat : Dewan Sri Merbau, KTHO, UTM Skudai.
Jwtn aku dlm program ni : SETIAUSAHA. ngee
Dgn Kerjasama : HEMA UTM & SPRM (JOHOR)
ObjektiF : 1) Wadah perantara utk menyampaikan mesej anti-rasuah kpd mahasiswa2 UTM.
2) Langkah Pertama memeperkenalkan Sekretariat Pencegahan Rasuah UTM.
3) Berkongsi maklumat dan sekaligus menjana idea drpd mahasiswa2 UTM tentang usaha yg patut dilakukan dlm pencegahan rasuah yg efektif.
Impak Program : Berjaya. Peserta yg hadir mampu menjadi penyebar mesej anti-rasuah yg berjaya. Mereka juga tahu fungsi SPRM, dan cara2 yg perlu dilakukan apabila mereka berdepan dgn rasuah.
* waktu pendaftaran*
*semasa sesi pameran SPRM*
*goodies utk peserta* SISWA BEBAS RASUAH!
*ikrar aku janji*

or

Friday, October 22, 2010

Siapa Aku Dalam Hatimu?

Pergh. Entry rase mcm nak muntah darah lak aku bace. Even aku sendiri yg tulih. Haha. Hmm tp itu la yg dlm otak aku skrg. Kami tgh mengalami krisis dalaman dan luaran. Aku ni manje. Aku dah cakap awal2. Manje ekstreme punye. Aku mungkin mcm xpaham ape mslh si dia. Tp aku pendengar yg baik+setia. Aku boleh dgr masalah kau syg. Tp bile hati dah sakit,cakap ape pon xgune kan. Haha. Aku rase mst sape bace ni xpaham ape aku merepek. Ntahla. aku sndiri pon xphm weyh. xpe, kite same2 xpaham la ye. *Gile sudah aku* hadoii. aku syg die sbnrnye. sgt. tapi. bile kesefahaman xde,..xleyh go on kot. ive tried my VERY VERY best. tetapi......jeng2..hehe. xpelah. cinta xperlu diungkap. Kalau ade jodoh,mst ade arr. Aku pon xtau siapa yg terbaik utk aku. ALLAH je tau. nak doa byk2 pd ALLAH.. honestly aku tenang mcm ni. im free.. free..free..
eei dah ar. Perasaan lak aku ni. Dah ar. Penat. Aku Syg Korang. bye.

Thursday, October 21, 2010

HARI ANTI RASUAH SPRUTM.

To : Mahasiswa UTM - Sejauh manakah kefahaman anda tentang RASUAH??? adakah anda Siswa Anti-Rasuah??? Let's join our HARI ANTI-RASUAH this Saturday 23 October 2010 (8am-5pm) at KTHO organize by... SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH UTM..berminat? sila msg saye. 013-7319635. ty. Goodies bag,makanan,sijil drpd SPRM akan disediakan. Free je.

Wednesday, October 20, 2010

Perkelahan, dan release tension session~

Tarikh : 17/10/10
Tempat : 1) Tg Balau, Kota Tinggi


2) Ali Baba karoke, Giant Tampoi.(4jaM WEYH)
*4jam=rm5 je..cayala*
3) Makan malam.

*posing jap*
*pak ngah belanje*
*siblings*^____^

Friday, October 8, 2010

weh sian akuanakberjasa

salam..
haha lame dah xupdate pape citer
nnt aku bg selambak cerite keyh?
ngee
sayam diari aku nih!

Friday, October 1, 2010

GRADUATION (mine in UTM)

tarikh daftar : 30JUN 2007
tarikh konvokensyen : 29 SEPTEMBER 2010

Dalam tempoh 3tahun tu, terlalu byk perubahan telah berlaku. Terlalu byk memori telah tercipta. Terlalu byk pengalaman telah dilalui. SUka,duka,marah,dendam,benci, semua ada.penat xterkata. Tp ilmu yg ditimba xternilai harganya. Persahabatan yg termeterai xterkira harganya. Syukur ya ALLAH..atas nikmat kegembiraan dan kesempatan menuntut ilmu yg KAU berikan. SYUKUR ya ALLAH atas nikmat kekuatan yg KAU salurkan melalui kehadiran tulang belakangku iaitu keluarga tercinta. SYUKUR ya ALLAH atas kehadiran rakan2 penguat smgt, penghibur duka tatkala hati merindui keluarga di desa sana. ya ALLAH..semoga ilmu yg aku dapat disini diberkati.. semoga pengalaman dan segala memori indah disini terpatri kekal dlm hati..kukuhkan ukhuwah antara hati2 kami..dan balaslah budi semua yg mengajar kami dgn ikhlas spnjg disini..

*my soul*
*aku harap aku la anak berjasa itu*

Wednesday, August 25, 2010

1st impression aku yg selalu salah.

salam.
1st impression.ape korang fikir bile sebut 1st impression?mstila pandangan pertame kite terhadap org yg kite belom kenal sgt kan?agak2 ape 1st impression korang kat aku ek?hehe..aku ..mcm korang gak. Ade 1st impression terhadap org lain. ak dah byk berkenalan dgn org or kwn2 baru. n aku dapati aku ni sukar meramal sifat sebenar seseorang dgn betul. ape yg aku fikir mase 1st time tgk org tu,selalunye akan berubah bile aku ambil sedikit lagi mase utk mengenalinya. kenape ek?maybe aku ni terlalu percaye pd penampilan seseorang menggambarkan sifat keseluruhan. xbetol tu mar. mgkin mase 1st time jumpe org tu,die punye mood tgh lain. so bile aku jumpe kali kedue. dah lain dah sifatnye. ea walah walah. ape daa aku merepek. ak cume nak gtau yg aku selalu bg 1st impression yg xberape tepat ttg seseorang. huhu n aku jgk ade problem menilai or meneka umur seseorang. aku ni bodoh ke?hahahha..ntahla..tp selalu slah tau!hukkkk..

aku,kerja,stdy,pindah randah.

salam...woihh bz bz bz...
8.30am-->lab..
2.00pm-->balik bilik..siap2 g keje.
3.00pm-8.00/9.00pm-->keje..hee (ya ALLAH betulkan niat aku nak g keje ni)

after balik bilik,mandi,solat,ngaji,aku g pindah bilik sona or kaety..aku xtau nape aku xtdo bilik sendiri..huhu..im sorry my lovely roomate..selalu tinggal die sorang2..

*thinking : hurmm maybe i should stay in single room or rumet ngn sona..sbb asyik tdo ngn die je..ngee..^^

Saturday, August 21, 2010

my very first working experience in my life.

salam..
hehe..setelah 21 tahun aku hidup..
akhirnya,.genap umur aku 21 tahun,..
aku memulakan kerja pertamaku..
walaupun ia hanya kerja part time,..
ianya amat bermakna buatku..
pengalaman,pergaulan dgn kwn sekerja,dgn bos,adlh satu perkara
yg amat aku ingin dan dah lame aku cari..
hehe..mama pesan,keje dgn ikhlas,sungguh2..
barula berkat..
sepanjang nak g keje tu,aku xputus2 doa spy rezeki kami dimurahkan..
and ape yg aku buat ni bermanfaat,,aminn ya ALLAH.
semoge aku akan teros belajar menikmati hidup ini..
*haa..ni la keje aku..jual air kat bazar..wink2

Monday, August 16, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO.....

MARDIANA SHAHADATUL AINI HAJI ZAINUDIN.
masih byk yg belom dpt beliau capai.
so doakan lah..
aku memohon kepanjangan umur dlm amal jariah dan penoh ibadat.
bantu aku ya ALLAH.
bantu aku dlm pembelajaran. Spy aku dpt mggembirakan kedua org tuaku.
Kerana matlamat hidupku slps mnjadi hambaMU adlh mncari redha mereka.
hanya dgn mggmbirakan mereka shj aku boleh hidup tenang.
bantu aku ya ALLAH.
rahmati hidupku spjg 21 thn yg lepas. Dn 21 thn yg akan dtg. Dan seterosnye.
Byk lagi yg aku mahu pohon pdMU ALLAH.
Tp biarlah hanye ENGKAU yg tahu.

16OGOS..=)

p/s : si dia lupa birthday aku ke?semue org wish.tp die?hm..wait je la..

Monday, August 9, 2010

kecederaan kaki..

sejak kebelakangan ni,aku selalu mendapat kecederaan di bhgian kaki..hmm
aritu aku jatuh after turun dari bas..aku nak lintas,pastu jatuh depan bas tuh..satu bas
nampak aku jatuh..n syukurla bas tu xteros jalan..kalo x,masok paper la pelajar digilis bas..
ee nauzulbillah..merepek je aku nih!ermm tp tgn aku luke..kaki(due2 lutut pon luke)..
pedih2..n then aku noticed yg lutot aku lebam..bengkak...nak sujud sakit sgt sgt..

Ok,belom pon baik yg tu, aku ditimpa kecederaan lagi..huhu..alkisahnye..aku beli crocs baru.skali melecet da..sakit gile dol..last2 aku balik kaki ayam je..dari DSI smpai CP..huhu..cinderella UTM..sekian..masih sakit..hukkk..

Friday, August 6, 2010

Gadis Sepanduk..

*ni cik gadis sepanduk KTDI.

Hehe..pnglm woo..jd gadis pembawe sepanduk utk acare pembukaan Sukam. Amboi..kemain lagi aku, Sona n Nad melawo mlm nii..haha..dh pki lelawo ni,kasut la pulak xde..mksud aku ade..tp ermm erm..dah nak lekang la kasut tu..heee..tp xpe..aku yakin klu takat tyme perbarisan nnt,kasut tu leh bertahan..cume jgnla hendaknye aku kene bejalan g pdg kawat yg jaoh tuh..bisa kopak kasut aku yg retak menanti belah ni..hehe..nad arini lawo siot..hasil solekan kak sona yg cun lagi bergaye dgn tdg style terbaruye..hehe..tp syukur la..ade bas..slmat kasut aku..n selamat mekap kami..haha!

* ni tgh make-up..

Aku bwk sepanduk KTGB..walopon sume lelaki, tp orait ar..diorg xbuli aku..n diorg oke je..ngee thnxx la sape yg sudi sembang2 ngn aku tu..kalo x,mati katak aku time tu..bosan dow..hemp!nk pendekkan cerite,aku dah selamat membawe sepanduk KTGB dgn begaye dan style skali..haha..aku jln depan mascot KTGB yg super duper aktif..giler ah..haha..asyik kaco org je..dahla agak gatal..ngah3..maaf mascot..gua kutok lu..tp mascot tu somel bangat!ngee..

*gadis sepanduk KTGB..yeahh..hehe

Herm pnt la..after pebarisan,kene bdiri dgr ucpn bla bla..smpai nak ujan dah..hehe..TNC pon pendekkan ucpn beliau sbb ujan rintik2 suda turun..After perasmian.ade larian pembawa obor..n ade la pesembahn bla bla..ertmm pas abis sume, ade sesi begambar dgn TNC ..hehe aku pon masok skali..lalalala..ermm..ape lagi ek..haa..KTF juare pebarisan buat kali ke-5 beturut2..cayala!muahh!..after selesai sume, kami makan(dari siang xmakan woo)..n BERJALAN balik ktf..what????bejalan?kasot aku dah nak meninggal ni..huhu tp bas dah xde..tepakse ar jalan!huu..alkisahnye,kasot aku mmg dah xdpt diselamatkan..cabot abeh..lekang!huwaaa jaoh lagi nak jalan!tp..ALLAH Maha Membantu..tbe2, Dr ANIZU stop sebelah kami..n suh naik kete beliau..waa..alhamdulillah..syukur..kami pon slmt smpai ke bilek..huwaa.dah kol1 pagi..penatnye..tdo dulu ea..bye..hee..*arini aku belajar bjalan depan org ramai dgn konfidennye..hehe*

*cik gadis sepanduk lagi.

*meletakkan obor..(TNC)

*maskot SUKAM ngn pmbantu felo KTF.fewitt