Blogger Backgrounds

Sunday, July 31, 2011

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik drpd tahun2 sebelumnya


Selamat Berpuasa kwn2..saya minta maaf di atas semua kesalahan saya kepada anda semua.
Saya berdoa agar Ramadhan ini memberi peluang saya memperbaiki diri, dan memperbanyakkan amal ibadah..semoga kita dipertemukan dgn mlm Qadr. Aminn ya ALLAH..

Wednesday, July 27, 2011

Im Cold

salam..
aku tak tahan sejuk. aku baru sedar hakikat itu.
duk kat lab sehari (tmpt duduk aku betol2 bwh air cond), kepala aku akan menjadi sangat sakit!
kalau aku sorang je mmg aku xkan pasang la air cond tu. huhu. Tapi..
pastu aku perasan yang kalau masuk shopping complex (kan sejuk, ada air cond), mata aku mst jadi meyah.(merah) (apasal aku gedik tbe2? *ntah*). haa. siyes weyh. merah..
pastu., aku xleh naik kereta yg pki air cond dlm jangka masa yg lama, (3jam tu kire lame la tau). nnt kepala mst sakitttt. :(

pastu aku salu pk, aku ni kurang lemak ke? (eceyhh. nak perasan kurus jap)..aku bace kat google, die cakap (die? sape? *ade la org tulis*) ada 3 sbb aku xtahan sgt sejuk. :

1. kurang lemak.
2. kurang bersenam.
3.ada penyakit di bhgn paru2. *GULP*

hmm..? :(
lokasi entry ini ditulis : PSZ UTM yg SGT SEJUK. kaki i freezing!!
*rasa macam nak pakai cmni. Tp ni MALAYSIA!*


Saturday, July 23, 2011

where is the key?

Where is the key?

Oh kunci. Kenapa kah daku meninggalkanmu dimerata-rata tempat? Maafkan daku.

Tapi percayalah bahawa sesungguhnya daku amat marah tatkala menyedari bhw kamu( kunci) tiada di saat aku sudah berdiri di hadapan pintu bilik. Sudahlah daku berpuasa., berjalan dari lab yg jauhnya bak bumi dan bulan (hiperbola). Al-kisah..atas alas an penat yg melampau, daku sampai tersalah hantar sms..huwaaaaaaaa

“Kding KAETY aku kat bilik sot. Dah kol dr anizu. Jap lagi nak g jmpe dr anizu nak ambik master key”

Send to………………………………..DR ANIZU !!!!!!!!!!!!!

Arghhhhh!!!salah!!!bengong nye mar..malu siottt.

*gambar ihsan google

p/s : DR ANIZU adalah PENGETUA kolej aku.

Thursday, July 21, 2011

i am EELs..

Yes I am.
I love EELs. Because I Love him. Hee. My oppa..nomu nomu chuaa

*So manly my JGS.

*My Own~

Sunday, July 17, 2011

Bertemu Kembali ♥

Dah lama tak jumpa mereka-mereka ini. Aku ingt kali terakhir jmpa Ain, Fatin, Fatirah, Wahidah,Iylia n Tasha adlh pd thn lepas. Time tu aku baru je dftr master. Ingt lagi. Hee. Yana lak aku xjmpa sejak abs sekolah dulu la. Lame seyh. Hehe, skrg semua dah nmpak karakter sebenar masing2. Mmg xberubah dr zaman kite mude2 dulu aka zmn sekolah. Cuma skrg kita dah makin dewasa nak menilai sifat antara satu sama lain. =)

Al-kisah, tmpt kitorg jmpa nye kat KL. Tapi, disebabkan wujudnya kejadah “BERSIH” tuh, kitorg nak g jenjalan area Selayang. Xbrni nak g KL, kang xpasal2 terjebak dgn kerja-kerja pemBERSIHan tersebut. Ngee. Mmg pengalaman beb. Yela, jalan jem sbb byk jalan tutup. Last2 aku kena amek train sendiri. SENDIRI okey? Aku dah lah TAK PERNAH. Lalu aku pun menjadi seorang ‘pengembara’ yg sgt kiut dan keseorangan. Siyes aku smpi kat tmpt train tu dh kul 12. Xrmi org. Takut gak. Tp wat selamba je. Haha. Aku ni bengap gak upenye. KTM (keretapi tanah melayu) dgn LRT pun xkenal. Aku dulik hape. Same la kan train jugak? :P (sebenarnye aku slh, aku ckp kat abg tiket tu nak beli tiket LRT, pdhl aku kat kaunter KTM). Ok pengalaman. Berharga tau. Mlm tu kitorg tidur kat HOTEL SELAYANG. Ok b4 tu nak story, kete si FAT telanggar devider jalan. Wuhuu rase besalah pd beliau wpun mmg la die yg telanggar devider tu)

Sbtu lak pagi tu kitorg cari bengkel. Pastu g ronda2 Selayang Mall kesayangan Fatirah. Aku dpt la selai dress rm10. (wpun tgh sengkek skrg ni). Pastu g round2 THE CURVE kesayangan AIn. Tgkp2 gambar, dah ptg. Round2 carik tmpt tidur mlm nnt. Tgk2 dah smpi Shah Alam. Kiotrg pun carik la otel2 yg mcm murah2. Xde wei. SUSAH sgt nak carik otel2 bajet kat S.A ni. Ok dah maghrib, kitorg solat kat kompleks PKNS. Lapar, makan KFC. Tiba2 yana ckp ade senior nak dtg. Ok tggu lagi. Tggu diorg makan lak. Dah kul 10. 10lebih. Xtau nak g mane. Last2 tanye i-city. Tp ckp ade kene byr mahal. Hmm ntah? G je la dulu. Dah la otel xdpt lg. tdo msjid je la nnt nmpknye. Al-kisah, kitorg g i-city at last.

Smpi kat sane, konsert pun dah abes. Tp nmpk ade org mcm men snow. Upenye ade snow walk. Waa!! Best siot! -5 drjah celcius. Sejukkk giler weh!! Mule2 masuk aku mcm kene rasuk, sbb best sgt sgt. Hakhak. Malu je. Keke.

Dgn takdir ALLAH, Alhamdulillah. Jmpa gak otel muwah. Layan je la. Kul 2 am check in. Huhu. Esok paginye (pagi ke?) haha. Kitorg gerak g Selayang, amek wahidah n g shupin2 kat jln TAR. Ptg kol 7, ain, tasha n yana gerak balik ipoh. Ftrh n wahidah balik selayang. Aku g ampang, umah sona time prktikal. Sok nye aku balik JB sorang2. Wahh. What a journey. Ade byk kisah yg berlaku, tp xpe, biar penglmn aku yg simpan sndiri. =)

Tuesday, July 12, 2011

Saya Nak Tiket Percuma ke "David Archuletta Live in Malaysia" dari Darkbatman.com


Oh David yg comel.. aku harap ade la rezeki aku nak tengok awak secara FREE. hee. so aku pon join la benda ni. Senang je. Kwn2 try la. Kalau ade rezeki, dapat la..
*klik gambar untuk details.

oleh yang demikian, saya akan menge'tag' kawan saya iaitu ;

Wednesday, July 6, 2011

Task 30 - FINAL - Nasihat Untuk Diri Sendiri

yeah. dah smpai task terakhir. nasihat untuk diri wa sendiri.

Ingat tugas sbg org ISLAM. Solat jgn tinggal. Quran jgn jd perhiasan. Tafsir jgn tak digunakan.

Rajin kan diri. Belajar sungguh, actually wat ape2 pun kena sungguh2.

Aktifkan diri aka matangkan diri. Yakin diri. Tiada apa yg menakukan di Bumi ini selain ALLAH.

Kurang2kan la makan tu. Pastu bawak2la bersenam. Minum susu tu dah okey,bgs utk tulang. Tp berat badan dan kebesaran paha tu kene kawal. Yg penting, sehat!

Tlg belajar drpd kesilapan. Tolong la.

Jgn tangguh2 kerja, boleh MAR?

Senyum selalu. Semoga senyuman aku dpt membahagiakan org yg melihat, wpun xkenal.

Bljr berdikari. U can do it! I believe in myself!

Sentiasa cuba tingkatkan kemahiran diri. Try je semua perkara yg MAR nak buat.Hidup hanya sekali! Nikmati lah ia..=)

Last but not list.,always spread your love. To everyone. No hating. Just loving. *LOVE*

Task 29 - Perkara yg saya ingin lakukan sebelum meninggalkan dunia ini

takutnya.. amalan dah la xbanyak.. hmm. aku nak minta maaf la kat semua orang. yg sempat aku mintak la..ade salah ke x..mintak je maaf. sbb kdg2 xsedar kita dah sakitkan hati org tu. atau buat org tu terasa. yela, aku manusia biasa. xlepas drpd buat salah. pastu aku nak qada' solat-solat. ye, walaupun xpernah tinggal solat, tapi xtau solat aku sblm2 ni ntah diterima atau x. hmm. takut nye. takut nye. takutnye. kalau lah sempat, aku nak delete akaun fb and semua akaun2 yg ada. kecuali blog ni. sbb aku nak blog ni la yg tinggal sbg tatapan generasi aku yg akan dtg nnt. bukan ape. ntah2 zmn diorg nnt dah xde ape yg ade kat zmn kite skrg ni. aku harap, sblm aku meninggal, aku dpt membahagiakan mamapapa, xkisah la dgn cmne pun, asalkan aku dpt buat mereka gambira. jika diizinkan tuhan, sblm meninggal, aku nak merasa la ada fmly (kahwin n beranak pinak la maksudnye). dgn izin ALLAH..

"Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."(surah yaasin,83)

Tuesday, July 5, 2011

Task 27 - Task 28

Task 27=Perkara Gila yang saya mengidam nak buat.
Hehe, byk weh perkara gila yg aku nak buat.

1. Aku nak berhenti belajar. dan jadi pengonline tegar. facebooker terkenal. blogger berjaya. haha
2. Aku nak jd penyanyi. haha. kdg2 aku rasa jd artis ni dlh cara terbaik nak tingkatkan keberanian berhadapan dgn org ramai.
3. Nak g Korea carik JANG GEUN SUK! oppaaaaaaaaa~
4. Nak beli poster JGS banyak2. xleyh beli print je semua gambar die..bahagianyaa~
5. Nak moshing2 lagi kat gig. Lagi? *gulp*


Task 28=Perkara yang saya nak buat KALAU ada duit 1JUTA

1. 3ratus ribu aku bg mamapapa..maybe diorg nak wat g haji, umrah atau besarkan rumah.haa..leh wat lanskap mcm yg mama nak =)
2. 2ratus ribu bg abg boby. spy die leyh bayar semua yg belum berbayar.
3. 2ratus ribu bg abg wawan.. hee. amek la amek..=)
4. seratus ribu utk aku. nak wat byr yuran master, nak g london weight management, nak g new york skin solution, nak g jenjalan naik kapal terbang, (KOREA!! nak cari JGS!!). nak g mekah wat umrah dulu, wit lebih simpan, masuk tabung haji, utk haji pulak. nak beli baju cantik2. seluar jeans lawa2.nak beli kereta sndiri, leyh la aku gunakan lesen aku yg hanya hiasan dlm purse dan dah hampir berhabuk tu.

yg lebih simpan la..leyh gune utk mcm2..=)

TASK 25&26 = KAHWIN!!

TASK 25 - Perkara Yang Saya Perlu Tahu Sebelum Saya Kahwin.

1. Memasak! Honestly aku mmg xpndai masak langsung. Tp ntahlah. aku mcm ada instinct yg nnt aku akan pandai memasak. haha.

2. Perlu pandai menggosok baju. Aku xsuka gosok baju. Klu teruk sgt kedutnya baru aku gosok. Tapi, kalau dah ad suami nnt, mst la aku nak die smart2, lgpun baju lelaki kenee gosok. xpe bang, demi abg, saya rajin. pheww. sape 'abg' aku tu?

3. Pandai basuh beyak baby. yela, nnt dah ade baby sendiri, xde la aku terkial kial.

4. Aku kena tahu apakah itu 'bangun awal'. yela, xkanla dh jd bini org pun bgn kol 10am kan? :p

5. kena tahu siapa bakal suami aku. hahha. bengong. mst la nak kene tau sape bkl suami aku kan? :P (aku dah xtau nak tulis ape wei)


TASK 26 - Perkara2 Yang AKu nak ada DI hari perkahwinan KU..

1. Aku nak nikah hari kenduri tu jugak.
2. Aku nak khatam Al-Quran dulu pagi tu. Pastu baru akad nikah. Pastu baru sanding.
3. Sanding utk tgkp gambar je. sikit2 je sanding tu. depan fmly2 je.
4. Nak baju warna ungu. Belah laki warna ijau. cewahh.
5. nak tukar menu makanan. xnak lah nasik minyak je. ce buat ikan bwl masak merah, sayur kailan, smbal belacan, telur masin ect. haa aku nak mknn2 yg mcm tu.
6. lg bagus kalau mase ari tu ade ceramah sikit, xpe, nnt aku pakai catering, org kg tlg idang sikit2 je. so diorg dtg dgr ceramah dulu, kan diberkati ;)
7. doorgift bg benda yg bermanfaat, spt yaasin, buku doa dll. bukan jajan. kalau sanak saudara yela, bg lauk lauk.
8. nak ada org khatam jugak, sekali dgn aku ;)
9. aku nak semua kwn2 rapat aku dtg ;)
10. aku nak nampak sgttttt cantik hari tu. hehe. bile la ea....dgn sape la ea..semoga dgn org yg betul2 menyayangi n memahami aku...;)

Monday, July 4, 2011

TASK 24 - WANITA YG SAYA KAGUMI/ MINATI

1. PUAN RAMLAH BINTI HAJI RAMLI. Beliau adalah wanita paling superb pernah saya kenal. Beliau adalah seorang surirumah yg sgt berjaya. Dilahirkan pd 16JUN1955. Beliau akan kelihatan cantik dan comel dlm apa jua keadaan. Beliau sgt positif dan saya amat percaya apa-apa shaja nsht dan ungkapan yg keluar dr mulut beliau. Saya amat menyayangi dan mengagumi beliau. Tanpa beliau, saya tidak akan wujud malahan entri ini tidak akan sama sekali wujud. Terima kasih kpd beliau kerana sentiasa bersama saya dan menjaga saya. Saya berjanji akan berusaha sehabis mungkin untuk membahagiakan beliau. I adore u MAMA ;)
*thats my QUEEN*

2. Yunalis Zarai. Cantik. Pandai. Pandai main gitar. Pandai membawa imej diri yg tersendiri.
3. Liyana Jasmay. Nanti dulu nanti dulu. erm. die ni aku suka aka minat time dlm cerita KAMI je. Aku suka dress up dia. dan kaki diaaaa. kecikk je. bila la kaki aku nak kecik cam die? hehe. (makan pun byk, ade hati nak kaki LJ)
*tgk tu kaki die. besar lengan aku je. *

4. Sape lg seyh. mcm xtau je. haa. korea leyh? aku suka LEE DA HAE yg berlakon dlm cerita MYGIRL tu. dia sgt comel+lawa=mellwa. hee.
5. Ni aku baru je minat. Die lakon dalam MARRY ME MARY. bergandingan dgn pakwe aku Jang Geun Suk. Name minah ni MOON GEUN YOUNG. Aku sangatt suka kalau die betul2 bercinta dgn JGS. Sgt sesuai tau!
*comel*

6. Aku suka PRINCESS DIANA. xtau nape. tp sukee. aku sedih mase die meninggal. walopon mase tu aku kecik lagi.
*cantik kan?*
*hehe. ni pon Princess DIANA gak neyh*

7. Ha..aku suka tgk Katy Perry. Pada aku, die org Inggeris yg cantik. =)
*sweet =) *

Saturday, July 2, 2011

Task 23 - Cara Saya Menangani Stress

1. Kalau stress sgt sgt sgt (tahap gajah nye stress) , aku nangis.
2. Pastu zikir la byk2.. (bukan nak poyo ye kwn kwn). tp sebut lah ya ALLAH dlm hati byk2.
3. aku nyanyi melalak lalak dgn tanpe memikirkan keadaan sekeliling. bukan kat karok pon xpe, kat depan laptop je.
4. aku tgk video klip "THE SHOW" by Lenka.
5. Tgk citer MY GIRL. citer ju yu rin tu. citer tu bg semangat kat aku. hee. die sentiase wat aku senyum.
6. amek Quran, baca...........solat hajat........
7. g jalan2. kat danga ke..best gak..
8. dgr suare mama saye.
9. ngadu kat kwn2 rapat saya.
10. tidur. haha.
*inilah tempat paling tenang buatku ;)

Task 22 - Perkara Yang Orang Selalu Salah Anggap Tentang Saya

Perkara Yang Orang Selalu Salah Anggap Tentang Saya :

1. Ada ramai orang ingat umur saya baru 12 tahun. hahahaha oke, tipu.
2. Selalu ingt saya pendiam. KOT? pdahal xde la diam sgt. hahaha.

wei xtau la ape yg org salu salah anggap psl aku? korang la bgtau aku ape anggapan korang. kalau salah aku ckp la salah. boleh? hee.

task 21 - Perbezaan Sebelum dan selepas masuk Universiti

1. hahahhaha berbeza sangatt. dulu aku xpakai jeans. after masuk U baru pakai suar jeans.
2. Dulu aku kurus. After masuk U, jd gumuk. hahahha.
3. dulu xpndai bergaya. skang xd la pandai sgt, tp xd la mcm dulu. dulu tudung xtau nak gayekan cmne. skang pki selendang lah, belit sane lah. sini lah. hadoi. hehe.
4. dulu aku rajin, after masuk U aku malas blaja. ape nk jadi?
5. dulu xpndai beli barang sendiri. aku dah terbiase terlalu jimat. tp bile dah kat U, aku dah pandai berbelanja dgn bijak.
6. masuk U la start gatai2 nak bercinte la kunun. haha geli jek.
7. dulu xmakan sayur dan buah. tp skrg dah makan sayur. sgt2 suka sayur. tapi..buah stil xmakan lagi.
8. dulu2 pencuci muka pun aku xpakai. skrg dgn pencuci muka, scrub bla bla.
9. semakin menyayangi keluarga. =)
10. semakin berani menyuarakan pendapat.

Anarki di Kuala Lumpur..(by MOHD JAYZUAN)

ANARKI DI KUALA LUMPUR by mohd jayzuan..ni buku ke-3 beliau selepas 28hari jurnal rock and roll dan nota-nota gila. buku ni mmg pasal hidup liar dan terbiar seorang pemuzik bernama Syd Jamal, die ade band punk bernama THE RATS. gile liar ah mamat ni. benci aku. aku suke la pemuzik. tp aku paling pantang lelaki kaki perempuan. aku xkesah kalau die setakat amek dadah, munim arak. err bukan la xkesah. tp aku mmg emosi bile bace buku ni. laki ni mmg mangkok ayun!gatal nak mam***. haa kan dah. geram mak jemahhh. haha. tp yg bestnye buku ni banyak masuk ayat2 dari legend2 muzik terkenal. aku suka part2 last2 buku ni, bila dia jauh cinta dgn perempuan baik. tapi sayang, dadah membunuh Syd Jamal ni. hampeh. budus sgt tersasar smpai mati cmtu. harap2 xde la melayu ISLAM yg mati cmtu. ya ALLAH pelihara kami ya ALLAH. dlm buku ni aku dpt la blajar, kalau kita nak sesuatu tu sgt2, jgn pk ape org lain akan cakap, buat je, hatta bende tu xd la untung mane. kalau men muzik tu yg kite minat, main je. tapi, pada aku, biarlah main muzik, muzik gak, agama tetap no satu! main la muzik, tp jgn la amek dadah, jgn la minum arak, jgn la tinggal solat. ape mslh kan?

ape pun , thnx kat kwn ku AINUN HAYATI sbb tlg belikan buku ni.
to jayzuan : SALUT!!! hee..

Friday, July 1, 2011

TRANSFORMER ??

30JUN2011..
aku pergi menonton wayang. bertajuk transformers.
pasal robot yg boleh bercakap dan ada perasaan.
sedih, takut, tamak, gila kuasa, hormat., dll perasaan yg manusia ada, robot2 tu pun ada.
Secara jujurnya, aku memang xlayan cerita cenggini. memang best. cuma sbb ade lawan2, xminat ah. huhu. al-kisah nye, time tgk wayang ni, aku sakit kepala yg amat sgt. sbb sebelum tu kena hujan. hahahaha. sudahnye aku tertidur due kali time tgk citer ni. dgn bunyi yg mcm nak pecah telinge, aku kagum dgn diri sendiri sbb boleh tidur. due kali. haha. pastu bangun2 aku tanye sot, 'sape yg jahat?' kekeke. adoi (gaye ah-chai).
tapi seperti biase, aku cuba ambil iktibar drpd setiap yg aku buat. dari cerita ni,

1. robot pon tau syg kan negara sendiri, dan usaha smpai mati nak selamatkan bangsa n negara dia. (merujuk kpd sentinel prime). tapi sayang, manusia sendiri? atau lebih tepat, rakyat malaysia sendiri? sebok nak himpun sane sini, nak pecahkan negara sendiri. hello, dah xde keje lain eh? hmm. susah kalau org xtau bersyukur dgn nikmat keamanan ni,.

2. jgn percaya sgt pd org lain. mksud aku jgn percaya 100%. si optimus prime punye la percaya pd sentinel. smpai sanggup 'ubat'kan sentinel. tgk2 sentinel ada agenda lain nak rosakkan bumi,kediaman manusia yg optimus sgt hormati.

3. nilai persahabatan..aku yg xpernah tgk transformer yg sebelum2 ni pun sedih mase si bumblebee nak kene bunuh. sedih woo. tp nsb baik die xmati. hehe klaka la. robot pon leh mati. bukan mati la mar, musnah. hehe =)

4. agak2, kalau org malaysia wat cite mcm ni, mst ade gak mulut2 jahat mengatakan xlogik. hmm..