Blogger Backgrounds

Tuesday, February 15, 2011

Kerana Aku Tidak Cantik...

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya tak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.(ni tambahan dari aku sendiri..kita makhluk tuhan yang paling sempurna antara makhluk2 lain..kita khalifah di muka bumi ini, jadi kita seharusnya bersyukur dengan segala nikmat yang kita dapat darpada ALLAH SWT..)


Blogger Templates

No comments:

Post a Comment