Blogger Backgrounds

Thursday, March 24, 2011

TUJUH

7saat senyum 7saat masam muka.

7minit gembira 7minit berduka.

7jam senang 7jam susah.

7hari tenang 7hari gelisah.

7minggu lancar 7minggu tak lancar.

7bulan bersusah payah dan berkorban 7minggu bersenang di ats hasil usaha.

7tahun menunggu dan 7tahun ditunggu (meninggalkan).

…………………………………………………………..

…………………………………………………………………….

Hidup akan terus begini. Sesekali diatas, sesekali di bawah. dengan kitaran TUJUH. mengapa TUJUH? tujuh adlh nombor ganjil. ALLAH banyak meletakkan ganjil. cth : 99 nama ALLAH adlh nombor ganjil.

dan..korang ingat lagi kisah nabi YUSUFF yg bijak mentafsir mimpi?

“ Ceritanya diterangkan di dalam al-Quran: “Raja berkata kepada orang-orang terkemuka daripada kaumnya; sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina gemuk, tujuh ekor sapi betina kurus dan tujuh tangkai gandum hijau serta tujuh tangkai lain yang kering. Wahai orang-orang terkemuka terangkanlah kepadaku mengenai erti mimpiku itu jika kamu dapat mentafsirkan mimpi. Mereka berkata; itu adalah mimpi yang kacau dan kami sekali-kali tidak mahu mentadbirkan mimpi seperti itu.

“Manakala Yusuf berkata: Mimpi itu supaya kamu bercucuk tanam selama tujuh tahun seperti biasa, apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya, melainkan sedikit untuk kamu makan.”Kemudian, datang tujuh tahun yang amat sukar, musim kemarau menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapi tahun sukar, melainkan sedikit daripada gandum yang kamu simpan. Kemudian akan datang tahun yang manusia diberi hujan dengan cukup dan pada masa itu mereka memerah anggur.”Berkata Yusuf: “Jadikanlah aku bendahara Mesir, kerana aku orang yang pandai menjaga lagi berpengetahuan.” Demikianlah kami memberikan kedudukan kepada Yusuf di Mesir, dia berkuasa penuh di mana saja dia kehendaki di bumi itu. Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang kami kehendaki dan Kami tidak mensia-siakan pahala orang berbuat baik.”Selepas tujuh tahun Nabi Yusuf memegang tugas kerajaan itu, musim kemarau, kering dan kelaparan berlaku seperti yang ditafsirkannya. Bagaimanapun, kerajaan Mesir mempunyai bekalan makanan untuk menghadapi musim kebuluran itu, sehingga penduduk di negeri jiran mengunjungi Mesir untuk mendapatkan bantuan. ”

Jadi, sebenanrnya kalau kite perhati graf kehidupan kite selama seharian ataupun bertahun2, kita akan nampak kesan 7selepas7 ini.. jadi kita harus sentiasa bersedia menghadapi masa 7 yg sukar dan tidak lupa diri disaat masa 7 yg senang.tapi satu benda kita kene ingat, mengabdikan diri kpd ALLAH adalah setiap waktu dan setiap masa..^_^

No comments:

Post a Comment